Posts

Membuat Donut & Aiskrim Malaysia

Image
Selasa, 7 Februari 2023 Pada hari ini para pelajar telah bersama-sama belajar membuat donut dan aiskirim Malaysia. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Aktiviti Hari Khamis

Image
 Khamis, 2 Februari 2022. Pagi pagi ini para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Pelajar lelaki dikumpulkan di Kelas Permata Ehsan untuk membuat aktiviti pemasangan kit lampu tanglung. Pelajar perempuan pula dikumpulkan di Kelas Permata Daei untuk membuat aktiviti senamrobik dan permainan dalaman. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Hari Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan

Image
11.30 pagi, Rabu, 1 Februari 2023, Kelas Permata Ehsan Pada pagi ini program di atas telah berlangsung. Kita merasa amat bersyukur kerana semua anak-anak kita pada tahun ini layak menerima bantuan kewangan ini daripada pihak kerajaan tanpa mengira jumlah pendapatan para penjaga. Semoga bantuan yang diterima akan dimanfaatkan sepenuhnya. Pihak kami turut mengucapkan terima kasih kepada penjaga Anaqi yang mengadakan jamuan nasi dagang untuk guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid. Mantan pelajar KPKP SMK Panchor iaitu Afifah kini mencari rezeki dengan bekerja di sebuah syarikat pembersihan. Selain menerima gaji daripada pihak syarikat, Afifah turut menerima elaun insentif OKU bekerja RM300 sebulan daripada pihak kerajaan.