Posts

Belajar Membuat Kuih Donut Bersama Cikgu Sahidah

Image
Di sini dikongsikan video cara-cara untuk membuat kuih donut yang didemonstrasikan oleh Cikgu Sahidah. Video ini pada asalnya dibuat sebagai panduan untuk tugasan murid-murid kelas Permata Arif tetapi tiada salahnya untuk dicuba oleh anak-anak kelas yang lain juga di rumah. Klik pada pautan Youtube berikut untuk menyaksikan video tersebut. Video Belajar Membuat Kuih Donut Bersama Cikgu Sahidah Daripada adunan kuih donut ini kita boleh kembangkan lagi untuk membuat beberapa jenis kuih lagi. Kalau tak salah saya, kita boleh buat burger Malaysia (yang ada inti sambal tu), cakoi, pau kukus dan pau goreng. Rujuk Cikgu Sahidah untuk resepi-resepinya ya!

Tahniah Kepada Adam!

Image
Warga KPKP SMK Panchor ingin mengucapkan tahniah kepada Adam Asyraff bin Amran kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Atendan Landskap di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang mulai 14 Jun 2021. Selamat maju jaya! Seorang yang berbakat di dalam acara lompat jauh.

Senarai Kelas KPKP SMK Panchor Mulai 14 Jun 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat rombakan kelas berkuatkuasa mulai Isnin, 14 Jun 2021. Mohon para penjaga mengambil maklum di atas perubahan ini. Sebarang permasalahan boleh berhubung terus di dalam Group Whatsapp Waris. Terima kasih di atas perhatian pihak Tuan/Puan. KELAS: KSSMPK Ting 2 (PERMATA ARIF/PEMBUATAN ROTI) GURU KELAS: NOOR HAWANI SYAFIRRA BINTI ANUAR 1. AHMAD RAZEQ DANIAL BIN AZMI 2. ANIS ADILAH BINTI AZIZAN 3. MUHAMMAD AIMAN DANIAL BIN DINORSHUHAIDI 4. MUHAMMAD DANISH NAJMI BIN JOHAIMI 5. MUHAMMAD HARIZ BIN HALIM 6. MUHAMMAD SAIHAH BIN ABDULLAH 7. MUHAMMAD SYAWAL BIN ASRI 8. NAQIB SYAHMIE BIN NURUL HAZRI 9. NUR HAZIRAH BINTI MOHD RADZI 10. SITI NOOR MARYAM BINTI MAZHAR 11. SOFIA BALQIS BINTI TENGKU SHAHRY KELAS: KSSMPK Ting 1 (PERMATA BARAKAH/ASAS REFLEKSOLOGI) GURU KELAS: NORAZLINA AZMA BINTI SULAIMAN 1. AHMAD DANISH ZAFRAN BIN AHMAD ZAMRI 2. AMIR AKMAL BIN KHAIRUL ANUAR 3. ARIEF RAYN BIN SIRAJUDDIN 4. MUHAMMAD ANIQ BIN SUHAIMI 5. MUHAMMAD IZZ FAHRYN BIN MOHD FAZ...

Ringkasan Sidang Media Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia pada 6 Jun 2021

Image

Selamat Datang Kepada Dr. Mohd Fadzil Jamil

Image
Pada awal minggu ini warga SMK Panchor merasa amat bertuah kerana menerima pengganti kepada Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, pengetua SMK Panchor yang telah bersara wajib pada 25 April 2021 yang lalu. Beliau yang kami maksudkan ialah Dr. Mohd Fadzil Jamil. Tahniah dia atas pelantikan Tuan sebagai pengetua SMK Panchor yang baharu. Semoga SMK Panchor akan terus cemerlang di bawah pentadbiran Tuan. Yang Berusaha Dr. Mohd Fadzil Jamil, Pengetua SMK Panchor mulai 26 April 2021.

Majlis Khatam Al-Quran & Sumbangan Duit Raya SMK Panchor

Image
Jumaat, 7 Mei 2021, 7.30 pagi, Dewan D'Persada Gemilang SMK Panchor Pada hari ini telah diadakan majlis di atas sebagaimana kelaziman pada tahun-tahun yang terdahulu tetapi di dalam norma yang baru. Majlis Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Ustaz Mohd A'lim bin Ismail bersama para peserta yang terdiri daripada beberapa orang pelajar. Setelah selesai majlis tersebut, agenda diteruskan lagi dengan penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada para pelajar SMK Panchor yang kurang bernasib baik. Untuk KPKP SMK Panchor, bantuan telah disampaikan kepada Arief Rayn bin Sirajuddin oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Sumbangan Duit Raya Aidilfitri

Image
Khamis, 6 Mei 2021 Misteri bilakah dapatnya duit raya terjawab pada hari ini apabila para pelajar KPKP SMK Panchor telah menerimanya sebelum pulang pada hari ini. Duit raya pada tahun ini merupakan sumbangan daripada guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid. Gunakanlah sumbangan yang diterima dengan sebaik mungkin. Jangan beli mercun tau! Saksikan rakaman yang sempat dibuat.