Posts

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mulai tahun ini KPM telah mengambil ketetapan bahawa para menjaga adalah bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat para penjaga seperti pekerjaan dan pendapatan penjaga serta maklumat anak di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).  Setelah dikemaskini para penjaga perlulah mengesahkan maklumat yang telah dikunci masuk (key in). Maklumat yang dimasukkan adalah penting untuk tujuan seperti penyaluran biasiswa, Bantuan Awal Tahun Persekolahan dan bantuan Elaun Murid Khas. Berikut merupakan surat daripada pihak KPM bertarikh 11 Disember 2020. Sehubungan itu para penjaga KPKP SMK Panchor dimohon agar memberikan kerjasama untuk login (bagi pengguna sedia ada) atau mendaftar (bagi pengguna baru) di Sistem Pengurusan Modul Murid di portal public.moe.gov.my Idealnya, hanya salah seorang penjaga sahaja yang perlu login, mengemaskini maklumat dan mengesahkan maklumat di dalam sistem ini. Bagi yang telah berpisah tak ada masalah sekiranya kedua-dua ...

Minggu Orientasi KPKP SMK Panchor 2021

Berikutan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia yang membenarkan hanya para pelajar tingkatan lima tahun 2020 sahaja untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka mula Rabu 20 Januari 2021, para pelajar KPKP SMK Panchor tidak terkecuali daripada mengikuti pembelajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).  Namun begitu, pihak KPKP SMK Panchor telah mengambil inisiatif mengadakan Minggu Orientasi KPKP SMK Panchor 2021 secara dalam talian dan kumpulan Whatsapp Waris mulai Rabu, 20 Januari 2021 hingga Jumaat, 22 Januari 2021. Berikut merupakan ringkasan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tiga hari tersebut. Rabu, 20 Januari 2021:   Tayangan video Selamat Datang Ke Kelas Pendidikan Khas Bagi yang ingin melihat semula video tersebut boleh klik di pautan berikut, Video Selamat Datang Ke Kelas Pendidikan Khas Khamis, 21 Januari 2021: Tayangan video Taklimat Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Khas Bagi yang ingin melihat semula video tersebut boleh klik di pautan berikut,...

Senarai Kelas KPKP SMK Panchor 2021

Image
 

Video Rakaman Aktiviti Sepanjang Tahun 2020 KPKP SMK Panchor

Image
Klik pautan atau imej di bawah untuk melihat video rakaman aktiviti sepanjang tahun 2020 KPKP SMK Panchor Video Rakaman Aktiviti

Serahan Kembali Modul PDPR dan Jamuan Pandu Lalu KFC

Image
12.00 tengah hari hingga 2.00 petang Khamis, 17 Disember 2020 Pondok Bas KPKP SMK Panchor Pada hari ini telah berlangsung serahan kembali modul PDPR yang telah disiapkan oleh murid KPKP SMK Panchor kepada pihak sekolah oleh para penjaga. Terima kasih diucapkan kepada para penjaga yang telah membantu menjayakan modul PDPR dalam kesibukan tugasan harian. Pada hari ini juga telah berlangsung serahan hadiah kepada para pemenang pertandingan Minggu PSS KPKP SMK Panchor. Tahniah kepada para pemenang. Sebelum berangkat pulang, mereka yang hadir menyerahkan kembali modul PDPR pada hari ini telah dibekalkan bungkusan KFC untuk dinikmati bersama ahli keluarga. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, Pengetua SMK Panchor yang telah sudi hadir menyampaikan hadiah dan sumbangan KFC kepada murid-murid. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan semua program KPKP SMK Panchor untuk tahun 2020. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. Sebelum menatap rakama...

Penyerahan Modul PDPR Kepada Murid-Murid KPKP SMK Panchor

Image
9.30 pagi hingga 11.30 pagi Sabtu, 14 November 2020 Pondok Bas SMK Panchor Bagi membantu Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) murid-murid KPKP SMK Panchor, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menyediakan modul PDPR bercetak untuk semua murid KPKP SMK Panchor. Modul-modul yang terdiri daripada pelbagai mata pelajaran ini diharap dapat membantu memastikan murid-murid belajar dengan lebih berkesan di rumah. Saksikan rakaman foto yang telah dibuat oleh Puan Nurul Insyirah. Dalam pada itu, saya (Cikgu Nooor Azlan) dengan ini menamatkan tugasan Penilaian Kendiri Berwudhu mata pelajaran Pendidikan Islam untuk Kelas Permata Cemerlang dan Permata Daei yang bermula pada 26 Oktober 2020 lalu. Tahniah kepada Ayuni binti Azman yang menjadi wakil tunggal daripada kedua-dua kelas tersebut yang telah menyiapkan tugasan ini. Terima kasih di atas bantuan penjaga Ayuni yang membimbing Ayuni melengkapkan tugasan tersebut. Insya Allah jika saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu Ay...

Tahniah Kepada Pemenang Anugerah Emas, Perak Dan Gangsa Program Special Education Virtual Walk Negeri Sembilan 2020

Image
Kepada mereka yang masih ingat akan program di atas, yang boleh dibaca di pautan: https://ppkismkpanchor.blogspot.com/2020/09/program-special-education-virtual-walk.html sukacita dimaklumkan bahawa pihak penganjur iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganugerahkan Anugerah Emas, Perak dan Gangsa kepada beberapa peserta daripada KPKP SMK Panchor seperti yang disenaraikan di dalam imej-imej di bawah. Jangan ditanya kepada kami kenapa anak saya tak dapat Anugerah Emas dan sebagainya (Perkara 16 peraturan pertandingan adalah dirujuk). Segala persoalan tersebut bolehlah ditujukan terus kepada pihak penganjur. Tangkap layar Perkara 16 peraturan pertandingan.