Posts

Video Rakaman Aktiviti Sepanjang Tahun 2020 KPKP SMK Panchor

Image
Klik pautan atau imej di bawah untuk melihat video rakaman aktiviti sepanjang tahun 2020 KPKP SMK Panchor Video Rakaman Aktiviti

Serahan Kembali Modul PDPR dan Jamuan Pandu Lalu KFC

Image
12.00 tengah hari hingga 2.00 petang Khamis, 17 Disember 2020 Pondok Bas KPKP SMK Panchor Pada hari ini telah berlangsung serahan kembali modul PDPR yang telah disiapkan oleh murid KPKP SMK Panchor kepada pihak sekolah oleh para penjaga. Terima kasih diucapkan kepada para penjaga yang telah membantu menjayakan modul PDPR dalam kesibukan tugasan harian. Pada hari ini juga telah berlangsung serahan hadiah kepada para pemenang pertandingan Minggu PSS KPKP SMK Panchor. Tahniah kepada para pemenang. Sebelum berangkat pulang, mereka yang hadir menyerahkan kembali modul PDPR pada hari ini telah dibekalkan bungkusan KFC untuk dinikmati bersama ahli keluarga. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, Pengetua SMK Panchor yang telah sudi hadir menyampaikan hadiah dan sumbangan KFC kepada murid-murid. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan semua program KPKP SMK Panchor untuk tahun 2020. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. Sebelum menatap rakama...

Penyerahan Modul PDPR Kepada Murid-Murid KPKP SMK Panchor

Image
9.30 pagi hingga 11.30 pagi Sabtu, 14 November 2020 Pondok Bas SMK Panchor Bagi membantu Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) murid-murid KPKP SMK Panchor, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menyediakan modul PDPR bercetak untuk semua murid KPKP SMK Panchor. Modul-modul yang terdiri daripada pelbagai mata pelajaran ini diharap dapat membantu memastikan murid-murid belajar dengan lebih berkesan di rumah. Saksikan rakaman foto yang telah dibuat oleh Puan Nurul Insyirah. Dalam pada itu, saya (Cikgu Nooor Azlan) dengan ini menamatkan tugasan Penilaian Kendiri Berwudhu mata pelajaran Pendidikan Islam untuk Kelas Permata Cemerlang dan Permata Daei yang bermula pada 26 Oktober 2020 lalu. Tahniah kepada Ayuni binti Azman yang menjadi wakil tunggal daripada kedua-dua kelas tersebut yang telah menyiapkan tugasan ini. Terima kasih di atas bantuan penjaga Ayuni yang membimbing Ayuni melengkapkan tugasan tersebut. Insya Allah jika saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu Ay...

Tahniah Kepada Pemenang Anugerah Emas, Perak Dan Gangsa Program Special Education Virtual Walk Negeri Sembilan 2020

Image
Kepada mereka yang masih ingat akan program di atas, yang boleh dibaca di pautan: https://ppkismkpanchor.blogspot.com/2020/09/program-special-education-virtual-walk.html sukacita dimaklumkan bahawa pihak penganjur iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganugerahkan Anugerah Emas, Perak dan Gangsa kepada beberapa peserta daripada KPKP SMK Panchor seperti yang disenaraikan di dalam imej-imej di bawah. Jangan ditanya kepada kami kenapa anak saya tak dapat Anugerah Emas dan sebagainya (Perkara 16 peraturan pertandingan adalah dirujuk). Segala persoalan tersebut bolehlah ditujukan terus kepada pihak penganjur. Tangkap layar Perkara 16 peraturan pertandingan. 

Hari Keempat Minggu PSS KPKP SMK Panchor

Image
10.00 pagi - 1.00 petang, Khamis, 22 Oktober 2020, Blok Permata Kasih. Aktiviti Minggu PSS KPKP SMK Panchor diteruskan lagi dengan Pertandingan Mewarna. Saksikan rakaman aksi-aksi semasa pertandingan berlangsung yang sempat dibuat.  

Hari Ketiga Minggu PSS KPKP SMK Panchor

Image
 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, Rabu, 21 Oktober 2020, Blok Permata Kasih Aktiviti Minggu PSS KPKP SMK Panchor diteruskan lagi dengan Pertandingan Buku Skrap Pandemik Covid 19. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.