Posts

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Surau & Pusat Sumber SMK Panchor

Image
7.30 pagi, Isnin, 9.3.2020, Dewan Terbuka SMK Panchor. Pada pagi ini telah berlangsung majlis di atas yang telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, Pengetua SMK Panchor. Tujuh orang murid KPKP SMK Panchor turut menerima watikah pelantikan. Muhammad Danish Najmi, Adam Asraff, Nur Hazirah dan Anis Adilah menerima watikah pelantikan pengawas sekolah manakala Muhammad Aniq, Khairul Nadzreen dan Nursofea Natasha pula menerima watikah pelantikan pengawas pusat sumber. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Tahniah kepada kelas Permata Barakah yang menjadi johan kebersihan kelas kategori KPKP untuk penilaian minggu lepas.

Kenduri Kesyukuran Oleh Puan Hasmah

Image
9.30 pagi, Jumaat, 6 Mac 2020, Taman Refleksi KPKP SMK Panchor. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMK Panchor di atas kenduri kesyukuran yang diadakan oleh beliau untuk warga KPKP SMK Panchor pada pagi ini. Kenduri ini diadakan bagi meraikan kejayaan anak beliau memperoleh keputusan yang baik untuk Sijil Pelajaran Malaysia 2019 yang keputusan telah diterima pada pagi semalam. Semoga rezeki Puan Hasmah dan keluarga akan melimpah ruah dan diberkati oleh Allah. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Menikmati Hamper Kemenangan Acara Perbarisan Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Panchor

Image
1.00 tengah hari, Khamis, 5 Mac 2020, PSS KPKP SMK Panchor. Pada hari ini warga KPKP SMK Panchor bersama-sama menikmati hamper kemenangan acara perbarisan yang telah dimenangi tempoh hari. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Latihan Persediaan Ke Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Daerah Seremban

Image
7.45 pagi, Rabu, 4.3.2020, Padang SMK Panchor. Pada pagi telah diadakan latihan untuk murid-murid yang akan mewakili KPKP SMK Panchor ke Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Daerah Seremban pada minggu hadapan. Saksikan rakaman yang sempat dibuat oleh Tuan Haji Raduan.

Perjumpaan Kelab Kemahiran KPKP SMK Panchor

Image
7.30 pagi, Rabu, 4 Mac 2020, Blok Permata Kasih. Kumpulan A: Bihun Goreng Kumpulan B: Capan Kreatif