Posts

Mesyuarat Badan Permuafakatan Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Panchor Tahun 2019

Image
26 Januari 2019 (Sabtu), 8.30 pagi, Bilik Mesyuarat SMK Panchor. Matlamat program ini adalah untuk memberi maklumat mengenai pengurusan murid pendidikan khas dan juga untuk bersama-sama membincangkan keperluan-keperluan murid sepanjang tahun 2019.  Saksikan rakaman yang sempat dibuat oleh rakan-rakan dan diri saya sendiri pada pagi ini. Puan Sahidah membantu seorang penjaga mendaftar kehadiran. Puan Farah Anom binti Nayan mengacarakan majlis. Tuan Haji Raduan bin Nasir membacakan doa pembuka majlis. Encik Abdul Karim bin Mat Jidi, Pengerusi Badan Permaufakatan PPKI SMK Panchor 2018 menyampaikan ucapan beliau. Encik Rosni bin Haji Pilus, GPK Pentadbiran SMK Panchor yang mewakili Tuan Pengetua SMK Panchor menyampaikan ucapan beliau. Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMK Panchor menyampaikan taklimat beliau. Mesyuarat telah berlangsung dalam suasana yang penuh harmoni. Puan Farah Anom binti Nayan menjadi moderator pemiliha...

Program Profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Khas Bersama Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Seremban Tahun 2019

Image
24 Januari 2019 (Khamis), 2.30 petang - 5.00 petang, Dewan Ungku Aziz, SMK Seremban 2 Kenapa cikgu-cikgu pendidikan khas pun balik 1.30 petang? Waktu balik cikgu pendidikan khas sama dengan waktu balik budak pendidikan khaskah? Biarlah gambar-gambar berikut menceritakan semuanya. Encik Noor Azlan bin Abd Rahman menerima watikah lantikan selaku penolong pegawai teknik permainan boling untuk tahun 2019. Puan Hasmah binti Abu Bakar menerima watikah lantikan SMK Panchor sebagai tuan rumah untuk kejohanan balapan dan padang daerah Seremban untuk tahun 2019.

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2019

Image
23 Januari 2019 (Rabu), 2.30 petang - 4.30 petang, Dewan D'Persada Gemilang & Blok Permata Kasih Saksikan rakaman gambar majlis yang telah berlangsung pada petang ini.

Perjumpaan Pengakap PPKI SMK Panchor Kali Kedua

Image
23 Januari 2019 (Rabu), 1.00 petang - 2.30 petang, Padang SMK Panchor Kenapa pakaian anak saya berbau asap apabila pulang dari sekolah hari ini? Cukuplah gambar2 berikut sebagai jawapannya. Semua langkah-langkah keselamatan telah diambil sehingga memastikan bara api pun turut padam sepenuhnya sebelum kami meninggalkan lokasi aktiviti pada petang ini.

Latihan Perbarisan Hari Sukan SMK Panchor

Image
23 Januari 2019 (Rabu), 7.30 pagi - 8.30 pagi, Padang SMK Panchor

Aktiviti Ko-Kurikulum Di Hari Rabu

Image
Rabu, 16 Januari 2019, 7.30 pagi - 8.30 pagi Pada pagi ini, untuk aktiviti sukan dan permainan, murid-murid telah melakukan aktiviti gotong-royong mencabut rumput di gelanggang petanque. Saksikan rakaman yang sempat saya lakukan. Aniq dan Singh tekun menyangkul. Syahiran tekun mencabut rumput. Aisyah mencabut rumput. Bergotong-royong Insya Allah semua akan menjadi mudah. Sehelai demi sehelai cabut lama-lama habis. 1.00 petang - 2.30 petang. Pada petang ini telah diadakan Mesyuarat Agung Kelab Pendidikan Khas, Mesyuarat Agung Permainan Petanque dan Mesyuarat Agung Permainan Badminton. Semua murid telah mengambil peranan yang aktif semasa mesyuarat berlangsung. Saksikan rakaman yang sempat saya buat. Puan Sahidah mengendalikan Mesyuarat Agung Kelab Pendidikan Khas. Danial memperkenalkan diri kepada rakan-rakan. Shazlee bingkas bangun mencadangkan nama rakan untuk menjadi ajk. Sufi turut mencadangkan nama rakan untuk menjadi ajk. ...