Majlis Penyerahan Sijil Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah 2025

Isnin 26 Januari 2026, Pejabat SMK Panchor

Tahniah kepada SUFI AZFAR BIN ABD KARIM, MUHAMMAD AMIR AIMAN BIN AMIR FIKRI, MUHAMMAD HARIZ BIN HALIM & NURSOFEA NATASHA BINTI SHAIFUL REZAL yang memperoleh sijil mereka masing-masing pada pagi ini. Terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Mohd Jamil Aris bin Haron, Pengetua SMK Panchor yang telah sudi menyampaikan sijil kepada para penerima.

Semoga sijil yang digenggam ini menjadi cahaya harapan, membuka jalan untuk menimba ilmu di menara yang lebih tinggi, atau menjadi sandaran kukuh dalam meraih pekerjaan yang indah di pentas kehidupan.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada para pentaksir — guru-guru serta pembantu pengurusan murid di peringkat sekolah — yang dengan penuh kesungguhan merakam setiap detik evidens, sama ada dalam bentuk foto mahupun video, lalu mengangkatnya ke platform MyALT dengan jiwa yang tabah dan semangat yang tidak pernah luntur.

Penerima sijil daripada kanan NURSOFEA NATASHA BINTI SHAIFUL REZAL, MUHAMMAD AMIR AIMAN BIN AMIR FIKRI, SUFI AZFAR BIN ABD KARIM & MUHAMMAD HARIZ BIN HALIM.









Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga