Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mulai tahun ini KPM telah mengambil ketetapan bahawa para menjaga adalah bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat para penjaga seperti pekerjaan dan pendapatan penjaga serta maklumat anak di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). 

Setelah dikemaskini para penjaga perlulah mengesahkan maklumat yang telah dikunci masuk (key in).

Maklumat yang dimasukkan adalah penting untuk tujuan seperti penyaluran biasiswa, Bantuan Awal Tahun Persekolahan dan bantuan Elaun Murid Khas.

Berikut merupakan surat daripada pihak KPM bertarikh 11 Disember 2020.



Sehubungan itu para penjaga KPKP SMK Panchor dimohon agar memberikan kerjasama untuk login (bagi pengguna sedia ada) atau mendaftar (bagi pengguna baru) di Sistem Pengurusan Modul Murid di portal public.moe.gov.my

Idealnya, hanya salah seorang penjaga sahaja yang perlu login, mengemaskini maklumat dan mengesahkan maklumat di dalam sistem ini. Bagi yang telah berpisah tak ada masalah sekiranya kedua-dua penjaga ingin melakukan login masing-masing. Diharap ada kerjasama supaya hanya mengemaskini maklumat tuan punya badan sahaja dan tidak mengubah maklumat pihak yang satu lagi.


Bagi pengguna baru anda perlu klik di PENGGUNA BARU.
Bagi pengguna yang terlupa kata laluan klik pada LUPA KATALALUAN. Kata laluan akan dihantar ke emel semasa anda mendaftar kali pertama dahulu. Bagi yang terlupa emel boleh mencuba kaedah padanan maklumat anak ataupun menjawab soalan keselamatan.
Bagi yang telah mendaftar bolehlah mengisi no kad pengenalan, kata laluan dan klik DAFTAR MASUK.

Nota:
1. Bagi yang bertugas sebagai anggota keselamatan yang menggunakan nombor polis atau nombor tentera, pohon untuk daftar masuk melalui penjaga yang mempunyai nombor kad pengenalan. Boleh juga kalau nak daftar masuk tetapi pihak tuan/puan perlu memberi nombor kad pengenalan kepada guru kelas untuk dikemaskini terlebih dahulu di dalam APDM.
2. Jika tak pasti siapakah penjaga anak (ada yang dijaga oleh datuk atau nenek dan lain-lain) tuan atau puan boleh berhubung terus dengan guru kelas.


Setelah berjaya masuk anda akan dapat paparan seperti di bawah.


Tatal / browse ke bawah dan klik Kemas kini Profil Murid


Tuan atau puan kemudian akan dapat paparan seperti di bawah.


Sila klik pada nama anak di bawah jagaan. Kalau saya, saya akan klik pada nama anak sayalah, ABDUL HANAN BIN NOOR AZLAN tu.
Jika nama anak di bawah jagaan tidak dipaparkan, sila rujuk guru kelas anak tuan/puan

Setelah klik pada nama anak, tuan/puan akan dapat paparan seperti di bawah.


Klik dan kemaskini Profil Anak Jagaan, Alamat Anak Jagaan, Maklumat Penjaga dan Asas Kesihatan. 

Setelah itu klik pada Perakuan Maklumat.


Klik pada segi empat di sebelah kiri perkataan 'Saya' tu dan Klik butang HANTAR.

Tuan/puan kemudian bolehlah Cetak BMM dan Cetak Surat Persetujuan Kesihatan untuk simpanan sendiri dan juga sekolah.

Sila maklumkan kepada guru kelas setelah tuan/puan berjaya membuat pengesahan.
Selamat mencuba dan terima kasih di atas kerjasama tuan/puan.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Menerima Kunjungan Warga SMA Negeri 1, Padang, Indonesia