Aktiviti Hari Terakhir Sesi Persekolahan Sesi 2025

 Jumaat, 19 Disember 2025.











































Diabadikan di sini ucapan terima kasih daripada para penjaga & GPK Pendidikan Khas untuk tatapan semua...

--------
Terima kasih kepada semua guru PPKI SMK Panchor kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada Amir Aiman. Maaf jika ada tingkah laku Amir Aiman yang mengguris hati cikgu2. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua PPM yang banyak membantu anak saya. Jasa baik kalian hanya Allah mampu membalasnya. Semoga ukhuwah kita berpanjangan. Terimalah sedikit kenangan utk semua guru dan ppm. Terima kasih🎉🎉
--------

--------
Alhamdulillah dgn rasmi ye Sara last d skola. Sy megucapkn jutaan trima ksh tak terhingga kpd smua ahli ppki. Sgala kebaikkan Allah shj yg membalas ye. Sy juga mohon maaf kesalahan kesilapan Salah fham antara sedar atau tidak & halalkn sgala ye. Malah Moga silaturrahim antara kita smua trus berpanjagan walaupun d mana jua. Ada Sara buat Salah, percakapan ye tindak tanduk ye yg tidak meyenagkan mohon maafkn dia. Halalkn sgala ye
--------

--------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 


Alhamdulillah.. selesai sudah satu persinggahan ilmu dan proses kemenjadian insan buat Sufi Azfar.. ucapan Terima kasih dan syukur yang tidak terhingga buat semua cikgu dan PPM, SMK Panchor, pihak pengurusan sekolah, dan semua yang terlibat.. 

BERJALAN SENJA DI TEPI TAMAN, 
ANGIN SEPOI MEMBAWA BAHAGIA, 
SETULUS HATI KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH DAN KESYUKURAN, 
ATAS SEGALA JASA DAN BUDI YANG TIDAK TERHINGGA . 

Embun pagi menyapa kalbu, 
Angin perlahan berbisik rasa, 
Tautan silaturrahim terpahat di jiwa, 
Kekal bersemi hingga akhir masa. 

Andainya selama mendidik anak anak saya.. Muhammad Syahiran dan Sufi Azfar ada yang terasa hati.. tersilap kata.. tersalah laku.. saya memohon maaf, kepada semua cikgu cikgu dan PPM serta pelajar semua.. 

Andai berarak di langit senja, 
Burung pulang ke sarang setia, 
Andai tersilap tutur dan bicara, 
Mohon dimaaf sepanjang masa. 

Dan semoga semua cikgu-cikgu dan PPM terus bersemangat mendidik anak anak PPKI, di SMK Panchor yang terbilang..

Semoga kita bertemu di luar sana, dan di kesempatan yang lain.. Insallah.. 

Terima kasih.. 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
--------------

--------------
Kami selaku ibu bapa Zafran juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah membimbing dan mengajar anak kami selama ini. Jasa cikgu-cikgu tidak terhingga dan kami sangat menghargai segala usaha dan kesabaran cikgu-cikgu. Semoga anak kami dapat terus maju dan mencapai impian dengan ilmu yang telah diperoleh. Minta maaf juga kepada semua rakan2 Zafran jika Zafran pernah melakukan kesalahan dan halalkan makan minum Zafran .Terima kasih dan mohon maaf sekali lagi kepada semua cikgu dan ppm 😊💕
---------------

---------------
Saya mewakili guru2 dan ppm juga ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan atau keterlanjuran kami semasa mendidik anak tuan/puan. Kami pasti akan merindui telatah2  Sufi, Amir Aiman, Zafran, Syabil dan Syarah. Moga anak2 ini akan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Kalau ada masa nanti jenguk2 lah kami di SMK Panchor.
---------------

Daripada saya sendiri (Cikgu Noor Azlan) saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang akan meninggalkan alam persekolahan. Semoga berjaya dalam apa sahaja yang diusahakan. Kepada para pelajar yang lain, jaga diri di musim cuti ini.
Jumpa lagi di tahun hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga