Karnival Sukan Inspire OKU Aktif 2022
8.00 pagi, Khamis, 20 Oktober 2022, Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi
Suasana di Blok Permata Kasih pada pagi ini agak sunyi iaitu para pelajar KPKP SMK Panchor tidak seramai seperti biasa. Beberapa orang guru juga tiada kerana cuti sakit atau bertugas di luar. Sebenarnya sebahagian daripada pelajar KPKP SMK Panchor iaitu Muhammad Mustaqim bin Irwan Rizan (keputusan akhir: menduduki tempat kesepuluh) dan Muhammad Nasrullah Harith bin Nordin (keputusan akhir: menduduki tempat ketujuh) mewakili sekolah di dalam pertandingan para catur karnival di atas.
Pelajar KPKP SMK Panchor yang tinggal di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah (TSHTAN) pula mewakil institusi berkenaan di pertandingan mewarna karnival di atas.
Keputusan pertandingan akan diumumkan kemudian. Tatapi rakaman yang dibuat oleh guru pengiring peserta-peserta catur iaitu Encik Poon Thin Fook.





Comments
Post a Comment