Terapi Boling Bulan September
10.00 pagi, Selasa, 27 September 2022, U-Bowl AEON Seremban 2.
Jika berpeluang membawa anak-anak kita menikmati hidangan di McDonald's apa kata bimbing mereka mengasah kemahiran menggunakan kiosk yang terdapat di situ. Tetapkan bajet berapa ringgit yang boleh mereka belanjakan. Bimbing mereka untuk menekan dan mengambil nombor menunggu pesanan kemudian beri mereka wang untuk mereka pergi sendiri ke kaunter bayaran.
Setelah melakukan bayaran, bimbing mereka untuk membasuh tangan dan kemudian duduk di meja yang mereka ingini sambil menunggu pesanan dihantar. Ini merupakan salah satu kemahiran sampingan yang saya dan guru-guru lain cuba terapkan semasa terapi boling bulanan.
Saksikan rakaman yang kami sempat buat hari ini.
Saya bangga dengan Sufi yang tak lupa untuk membeli satu coklat Kit Kat untuk abangnya. Memang dia yang beli sendiri tanpa suruhan saya atau orang lain :)
Saya ingin berkongsi pesanan abang driver bas hari ini iaitu para penumpang tidak boleh membawa naik ke atas bas minuman atau makanan yang mudah tumpah ke atas bas semasa pergi atau balik.
Abang driver berharap agar tiada lagi kejadian seperti hari ini yang mana ramai anak-anak kita membeli air Starbucks, aiskrim dan air berkarbonat sewaktu pulang berlaku lagi di masa akan datang.
Harap para penjaga akan mengingatkan kepada anak-anak semasa terapi boling akan datang pada bulan November nanti.
Comments
Post a Comment