Mari Saksikan Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Daerah Seremban 2022


Mengimbau kenangan penyertaan kontinjen KPKP SMK Panchor pada tahun 2020 yang lalu (entri blog 1 & entri blog 2) yang pada ketika itu hanya bertaraf 'Pemilihan' dan bukannya 'Kejohanan', kontinjen KPKP SMK Panchor kali ini meletakkan sasaran yang lebih tinggi iaitu memperolehi pingat tanpa mengira warnanya untuk kesemua enam belas (16) acara yang bakal disertai pada 1 hingga 2 Ogos minggu depan.

Sasaran memperolehi pingat tanpa warna untuk kesemua acara yang disertai boleh dicapai berdasarkan beberapa faktor:
Pertama sekali, SMK Panchor telah terpilih sebagai tuan rumah dan pertandingan akan diadakan di padang keramatnya sendiri di mana semua wakil KPKP SMK Panchor telah mengenali setiap inci padang ini. 
Faktor kedua, tidak seperti program 'Pemilihan', program 'Kejohanan' menawarkan pingat emas, perak, gangsa dan sijil penyertaan sebagai kenang-kenangan serta mempunyai nilai untuk PAJSK serta permohonan ke sekolah khas / kolej komuniti. Ini akan membakar semangat para peserta yang menyertainya.
Faktor ketiga, Yang Berusaha Puan Hasmah iaitu GPK Pendidikan Khas SMK Panchor telah sudi menaja satu khemah khas di padang untuk para pelajar KPKP SMK Panchor untuk dijadikan khemah pasukan sorak memberi sokongan ketika peserta-peserta kita beraksi. Peserta-peserta daripada sekolah lain hanya bertaburan mencari tempat-tempat kosong di bawah susur gajah. Ini juga dapat memudahkan kawalan disiplin para pelajar kerana anak-anak kita tidak boleh bebas merayau ke sana ke sini semasa kejohanan sibuk berlangsung.
Faktor keempat, para peserta telah menjalani latihan intensif semenjak acara merentas desa dan kejohanan sukan sekolah. Malahan salah seorang peserta iaitu Sofia Balqis telah mempunyai pengalaman sehingga mendapat tempat kelima di Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Negeri Sembilan beberapa minggu yang lalu. Sayang sedikit pemenang tempat ketiga kejohanan berkenaan iaitu Eswaran tidak dapat menyumbang pingat lagi kerana telah berpindah sekolah.  

Berikut ialah jadual acara yang membabitkan wakil KPKP SMK Panchor. Para penjaga yang berkelapangan bolehlah datang memberi sokongan. Patuhi SOP dan bawalah wang yang lebih sedikit untuk shopping di gerai kendalian Cikgu Sahidah dan anak-anak kita. Khabarnya ada aiskrim Malaysia, bihun sup dan nasi bajet. Berhubunglah dengan beliau untuk mendapatkan kepastian.




Terima kasih kerana membaca sehingga ke bahagian bawah entri ini.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, pada kali terakhir sekolah kita menjadi tuan rumah kejohanan ini pada tahun 2019, tiada sebarang pingat diperolehi.

Boleh rujuk entri catatan hari pertama dan entri catatan hari kedua untuk mengimbau kenangan menjadi tuan rumah pada tahun 2019.



Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Menerima Kunjungan Warga SMA Negeri 1, Padang, Indonesia

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga