Panduan Pengisian Perekodan Respons PdPR SMK Panchor

Tarikh Posting: 27 Jun 2020
Tarikh Kemaskini: 25 Oktober 2020 
Semua perkataan atau imej yang mengandungi singkatan PdPc di dalam panduan ini hendaklah dibaca sebagai PdPR selaras dengan MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH 2020 yang telah diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 

Perekodan Respons PdPR SMK Panchor ini bertujuan merekodkan maklumat bilangan murid yang memberikan respons terhadap PdPR yang dilakukan oleh guru-guru mereka.

Sebagai contoh, Cikgu Markonah binti Abdullah ingin mengisi maklumat respons terhadap PdPR yang dilaksanakan oleh beliau terhadap murid-murid kelas Permata Cemerlang.

Beliau memberikan tugasan kepada 24 Jun 2020.

Mata pelajaran yang diajar beliau terhadap kelas berkenaan ialah Bahasa Melayu.

Kaedah PdPR yang beliau jalankan terhadap kelas tersebut ialah bahan cetakan, Google Classroom dan SMS.

Kaedah pentaksiran / penilaian PdPR pula dijalankan secara kerja kumpulan, kuiz dalam talian dan tugasan.

Cikgu Markonah telah menetapkan bahawa murid-murid kelas tersebut perlu menyelesaikan semua tugasan pada 29 Jun 2020 dan beliau akan membuat refleksi PdPR pada tarikh tersebut.

Pada 29 Jun 2020, hanya 19 daripada 35 murid kelas tersebut yang memberikan respons.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hanya pada 2 Julai 2020 barulah Cikgu Markonah dapat melengkapkan Pengisian Perekodan Respons PdPR SMK Panchor secara dalam talian ini.

Maka, pada 2 Julai 2020 Cikgu Markonah perlu membuka pautan berikut:

https://forms.gle/CsgAniuaT6Xb44Du5

Bagi yang nak kelihatan lebih canggih, boleh imbas Kod QR berikut



Borang yang dicipta dengan menggunakan Google Form ini boleh dicapai dengan menggunakan komputer, tablet atau pun telefon. Oleh sebab Cikgu Markonah menggunakan komputer, beliau akan mendapat paparan seperti berikut:





Berikut adalah langkah demi langkah Cikgu Markonah mengisi borang ini.

1. Isikan alamat emel untuk menerima satu salinan respons yang telah diisi.



2. Isikan nama dengan menggunakan HURUF BESAR.



3. Isikan tarikh tugasan diberikan / tarikh PdPR bermula.



4. Isikan mata pelajaran dengan menggunakan HURUF BESAR.



5. Klik Next.



6. Pilih pada Kelas Permata Cemerlang, kemudian tatal sehingga ke bawah sekali dan klik Next.




7. Untuk kaedah PdPR klik bahan cetakan, Google Classroom dan SMS. Boleh pilih lebih daripada satu kaedah. Setelah selesai, klik Next.



8. Oppps, kalau lihat betul-betul pada gambar di atas kita dapati bahawa Cikgu Markonah terlupa klik pada SMS sebagai salah satu kaedah PdPR beliau. Untuk membuat pilihan tersebut, kita boleh klik pada Back di bahagian bawah borang.


9. Setelah klik SMS, klik Next.


10. Untuk kaedah pentaksiran / penilaian PdPR pula klik kerja kumpulan, kuiz dalam talian dan tugasan. Boleh pilih lebih daripada satu kaedah. Kemudian klik Next.


11. Isikan tarikh refleksi dibuat iaitu 29 Jun 2020 dan untuk refleksi bilangan murid yang memberikan respons pula pilih julat 11 - 20.



12. Klik pada Send me a copy of my responses untuk menerima salinan respons yang telah diisi melalui emel. Kalau salah isi alamat emel di nombor 1 di atas, cikgu-cikgu tak akan dapat salinan respons.



13. Akhir sekali, setelah berpuas hati dengan maklumat yang dimasukkan klik Submit dan paparan berikut akan muncul.


14. Pilih Edit your response untuk melihat kembali dan menyunting maklumat yang telah diisi. 


15. Oppps, baru perasan tertinggal satu huruf L untuk ABDULLAH. Ini hanya masalah yang kecil. Setelah membuat pembetulan, klik Next sehinggalah ke paparan terakhir di bahagian Refleksi dan klik Submit.



16. Pilih Submit another response untuk mengisi maklumat bagi kelas-kelas dan mata pelajaran-mata pelajaran yang lain jika ada. Setelah membuat pilihan ini, anda tidak boleh membuat apa-apa suntingan lagi untuk maklumat bagi kelas dan mata pelajaran ini kecuali mengisikan maklumat yang baru. Sekiranya berlaku kewujudan kelas, mata pelajaran dan tarikh mula PdPR yang sama, hanya maklumat yang terkini akan diambil kira untuk analisa.

Terima kasih di atas perhatian anda dan selamat mencuba.

Pautan Pengisian Perekodan Respons PdPR SMK Panchor:

https://forms.gle/CsgAniuaT6Xb44Du5

Kod QR



Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Menerima Kunjungan Warga SMA Negeri 1, Padang, Indonesia

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga