Program Kesedaran Nuklear Bagi OKU Pembelajaran
9.00 pagi- 12.30 tengah hari, Selasa, 22 Oktober 2019, Dewan Besar SK Panchor
Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK Panchor dan KPKP SMK Panchor pada hari ini telah bekerjasama bagi menjayakan program di atas. Program ini merupakan salah satu inisiatif oleh Agensi Nuklear Malaysia bagi menyebarluas kesedaran kewujudan teknologi nuklear di kalangan rakyat Malaysia khususnya di kalangan OKU pembelajaran di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Agensi Nuklear Malaysia yang telah diwakili oleh Cikgu Faizal, Cikgu Nurzehan dan Cikgu Hasnul berjaya mencetuskan kesedaran teknologi nuklear melalui aktiviti tayangan video, kuiz serta latihan dalam kumpulan yang telah membabitkan kesemua warga KPKP SK Panchor dan KPKP SMK Panchor. Semoga program sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

Tayangan video Agensi Nuklear Malaysia.
Tayangan video progam untuk pagi ini.
Cikgu Hasnul memperkenalkan diri.
Cikgu Nurzehan berinteraksi dengan murid KPKP.
Cikgu Faizal memperkenalkan diri.
Urut-urut menyegarkan diri.
Kuiz turut diadakan berdasarkan video yang telah dilihat.
Ahmad turut memenangi hadiah kuiz.
Aktiviti latihan dalam kumpulan.
Memancing logo.
Menyusun puzzle.
Mengangkat bola dengan menggunakan empat utas tali.
Membina menara daripada lidi dan span.
Hasil kerjasama kumpulan Alfa, Beta, Gamma dan Neutron.
Cikgu Hasmah menguji kekuatan setiap menara.
Amirul terpilih sebagai peserta terbaik sekolah menengah.
Kumpulan Beta menjadi johan keseluruhan.
Cikgu Hasmah menerima bahan PdPc berbentuk Jadual Berkala Kimia dan Modul Nuklear.
Guru Besar SK Panchor menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Hasnul.
Terbaik!!!
Mengemas kembali kerusi sebelum bersurai.
Comments
Post a Comment