Hari Kedua Agoonoree KPKP SMK Panchor
Khamis, 19 September 2019, SMK Panchor
Agoonoree diteruskan lagi pada hari ini dengan aktiviti menyimpan khemah, sarapan pagi, Kuiz Pengetahuan Asas Pengakap dan majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun.
Tatapi rakaman yang sempat dibuat.
Agoonoree diteruskan lagi pada hari ini dengan aktiviti menyimpan khemah, sarapan pagi, Kuiz Pengetahuan Asas Pengakap dan majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun.
Tatapi rakaman yang sempat dibuat.
T-shirt rasmi untuk dipakai pada pagi ini.
Cikgu Poon dan guru-guru mengawasi para pelajar menyimpan khemah.
Lipat lepat.
Tahun depan kita semua pergi berkhemah di Kem Pengakap Pengkalan Balak Masjid Tanah, Melaka atau Kem Pengakap Bagan Lalang, Selangor pula :)
AJK Makanan.
Pagi ni sarapan nasi goreng.
Taklimat pagi @ sesi lost and found spender tora, stokin, baju pengakap, ubat gigi.
Membungkus sandwich untuk minum pukul 10 pula.
Tuan Haji Raduan menyampaikan tazkirah dan taklimat disiplin.
Makanan mewah, bertambah-tambah :)
Membuang lebihan kayu api pertandingan memasak semalam.
Kuiz sedang berlangsung.
Menu makan tengah hari ialah sup ayam dan sayur kubis goreng.
Menghantar kerusi yang telah dipakai balik semula ke dalam stor.
Adam mewakili Kumpulan 1 / Matahari menerima sijil penyertaan.
Umairah mewakili Kumpulan 2 / Mawar menerima sijil penyertaan.
Razeq mewakili Kumpulan 3 / Orkid menerima sijil penyertaan.
Syawal mewakili Kumpulan 4 / Raya menerima sijil penyertaan.
Aniq mewakili Kumpulan 5 / Teratai menerima sijil penyertaan.
Tahniah kepada Karthikeyan a/l Siva Kumaran yang diumumkan sebagai peserta terbaik Agoonoree pada kali ini.
Tahun kita berAgoonoree di kawasan pantai atau air terjun.
Comments
Post a Comment