Kemeriahan Hari Koperasi SMK Panchor 2019

Rabu, 3 Julai 2019, 10.00 pagi - 3.00 petang

Pada hari ini telah berlangsung Hari Koperasi SMK Panchor 2019. Bertujuan untuk menyemai minat dalam kalangan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pembukaan gerai-gerai jualan di kantin, jualan barangan pre-loved para guru, gerai aktiviti memanah, gerai aktiviti permainan golf, menuju lagu, pertandingan dekorasi kek, Mecha Race Challange, pertandingan futsal dan pertandingan bola jaring.

Warga PPKI SMK Panchor telah membuka gerai jualan yang menjual nasi goreng, sosej, wedges, kopi O dan Milo. Kami juga telah membuka gerai aktiviti permainan golf. Selain itu kami menghantar dua pasukan untuk Mecha Race Challange iaitu Kumpulan 4 disertai oleh Muhammad Aniq bin Suhaimi serta Kartikeyan A/L Sivakumaran dan Kumpulan 6 disertai oleh Muhammad Syawal bin Asri serta Muhammad Khalid Al Walid bin Mohd Yusoff.

Saksikan rakaman yang sempat kami buat.

Sekitar aktiviti gerai jualan.

Menyusun barang-barang jualan.

Menyusun dengan kemas.

Aktiviti jualan telah bermula.

Puan Kamariah (kanan) sedang memilih apa yang hendak dibeli.

Kopi O pun ada.

Diserbu para pelanggan yang kelaparan.

Namun semua beratur dengan penuh kesabaran.

Laris barang-barang jualan pada hari ini.

Tahun depan kita jual kambing golek pula.

Para pelajar menikmati makanan yang dibeli.

Makan dengan sopan dan tertib. (Macam lirik lagu raya je)

Sekitar gerai permainan golf (putter)

Mendirikan khemah.

Aniq mencuba permainan golf.

5 percubaan RM1.

Tak masuk pulak!

Ramai pelajar lelaki sahaja yang berani mencuba.

Masing-masing menunggu giliran untuk mencuba.

Ada yang mahu mencuba aktiviti memanah.

Shahzlee mesti banyak bawa duit raya untuk beli kupon hari ini. Ini dia bayar RM10 untuk 15 kali percubaan memanah.

Sekitar Mecha Race Challange.

Para peserta mengambil tempat.

Undian meja pertandingan.

Pertandingan bermula.

Menghitung terlebih dahulu samada komponen yang diterima mencukupi.

Kalau saya memang tak terbuat la. Skrunya halus-halus benar.

Kalau hilang satu skru memang tak siap la kereta.

Rakan-rakan yang datang menyokong peserta-peserta PPKI SMK Panchor.

Dah mula membina badan kereta pula.

Hampir siap dihias.

Kereta hasil ciptaan Kumpulan 4.

Kereta hasil ciptaan Kumpulan 6.

Para juri sedang mengadili hasil ciptaan para peserta.

Patutnya diuji lari di bawah pancaran cahaya suria tetapi kerana cuaca yang mendung, hanya dibuat di atas landasan condong untuk pertandingan pada kali ini.

Kumpulan 6 menguji lari kereta mereka.

Jom kita berlumba!

Kereta Kumpulan 6 tersangkut di tengah jalan.

Kereta Kumpulan 4 layak ke peringkat seterusnya.

Kereta Kumpulan 4 menduduki tempat kedua dalam perlumbaan akhir.

Para peserta pertandingan bergambar kenang-kenangan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Hari Koperasi SMK Panchor 2019. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga

Selamat Bersara Tuan Haji Raduan