Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Pertandingan Ko Akademik Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan Part 2
Selasa, 25 Jun 2019, 12.30 tengah hari, D' Persada Gemilang
Pada tengah hari ini telah berlangsung majlis di atas. Majlis penutup dan penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohamad Nek Ezar bin Ismail, Ketua Sektor Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.
Pada tengah hari ini telah berlangsung majlis di atas. Majlis penutup dan penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohamad Nek Ezar bin Ismail, Ketua Sektor Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.
Encik Mohamad Nek Ezar bin Ismail, Ketua Sektor Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sedang memotong salah satu kek hari lahir peserta pertandingan. Hari lahir beliau kebetulan akan jatuh pada 29 Jun ini.
Encik Mohamad Nek Ezar melihat bot-bot solar yang telah dihasilkan oleh para peserta.
Nyanyian lagu Negaraku.
Bernyanyi dengan penuh bersemangat.
Ustaz Mohd Abdullah daripada SMK Pendeta Za'ba sedang membacakan doa bagi memohon keberkatan daripada Allah.
Mengaminkan doa.
Puan Hajah Zawakhir binti Mohamed Shaharoun, Pengetua SMK Panchor sedang menyampaikan ucapan selaku pengelola pertandingan.
Encik Mohamad Nek Ezar sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup.
Wakil kontijen daerah Rembau menerima sijil penyertaan daripada Encik Mohamad Nek Ezar.
Wakil daripada daerah Seremban muncul sebagai johan untuk acara Rekacipta Inovasi Sains - Solar Bot.
Kek-kek mula dipotong dan diagihkan kepada para hadirin.
Tahniah kepada peserta daripada daerah Rembau yang menjuarai acara nyanyian solo kategori sekolah rendah.
Tahniah kepada peserta daripada daerah Port Dickson yang menjuarai acara nyanyian solo kategori sekolah menengah.
Menikmati kek yang diedarkan.
Tahniah kepada kontijen Seremban yang menjadi johan keseluruhan.
Tahniah kepada semua yang berjaya.
Kepada yang gagal cuba lagi pada tahun hadapan.
Comments
Post a Comment