Majlis Penutup Ihya Ramadhan & Majlis Perpisahan Encik Leonard dan Puan Noor Hashimah
Jumaat, 24 Mei 2019, 7.30 pagi - 12.00 tengah hari, D'Persada Gemilang
Pada hari ini telah berlangsung Majlis Penutup Ihya Ramadhan & Majlis Perpisahan Encik Leonard dan Puan Noor Hashimah. Semasa Majlis Penutup Ihya Ramadhan, pengisian utamanya ialah ceramah bertajuk "Adab-Adab Menyambut Aidilfitri" yang disampaikan oleh Ustaz A'lim.
Setelah tamat ceramah, telah berlangsung majlis penyampaian bantuan Aidilfitri oleh Bank Rakyat yang mana 5 murid PPKI SMK Panchor merupakan antara yang terpilih untuk menerima bantuan tersebut.
Murid-murid PPKI SMK Panchor kemudian turut menerima sumbangan duit raya daripada guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid. Duit raya tersebut telah diwakilkan oleh kami (guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid) kepada Encik Rosni bin Pilus, GPK Pentadbiran SMK Panchor untuk disampaikan kepada murid-murid PPKI SMK Panchor.
Setelah tamat rehat pada pukul (bukan 'jam' ya, jam merujuk kepada jam yang kita pakai di tangan dan yang kita gantung di dinding tu) 10.30 pagi, telah berlangsung Majlis Perpisahan Encik Leonard dan Puan Noor Hashimah. Encik Leonard merupakan guru pelatih yang daripada UPSI yang menjalani praktikum di sekolah ini sekolah ini sejak bulan Februari yang lalu. Puan Noor Hashimah pula merupakan guru SMK Panchor yang akan bersara wajib menjelang akhir bulan Mei 2019. Selamat maju jaya dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Encik Leonard dan Puan Noor Hashimah.
Mengakhiri majlis pada hari ini, semua warga SMK Panchor telah bersalaman dan bermaafan sebelum pulang meninggalkan sekolah untuk menikmati cuti pertengahan penggal selama dua minggu bermula 25 Mei 2019 (Sabtu) hingga 10 Jun 2019 (Isnin). Penggal kedua persekolahan akan bermula pada 11 Jun 2019 (Selasa). Diharapkan tak ada penjaga yang menghantar anak ke sekolah pada 10 Jun 2019 (Isnin) kerana sekolah masih ditutup pada hari tersebut :)
Mengakhiri karangan blog untuk penggal pertama ini, kami guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid PPKI SMK Panchor memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Selamat Hari Raya Aidilfitri di mana jua anda berada.

Comments
Post a Comment