Terapi Boling Bulan April 2019
Rabu, 24 April 2019, Ole Ole Mydin Seremban 2, 10.00 pagi - 1.00 petang
Terapi boling merupakan salah satu aktiviti yang sangat dinantikan oleh para pelajar PPKI SMK Panchor. Fokus utama merupakan kepada latihan mempraktik kemahiran yang betul semasa bermain boling seperti cara memegang bola, melontar bola dan menghitung jatuhan pin.
Selain itu para pelajar juga turut merasai pengalaman orientasi dan mobiliti di persekitaran yang berbeza daripada rutin harian mereka seperti cara penggunaan tandas awam, berinteraksi dengan orang ramai, merasai makanan dan minuman yang berbeza daripada di rumah, makan dengan beretika, beratur semasa naik dan turun bas serta belajar memilih dan membeli sendiri apa yang diingini.
Para pelajar juga cuba dilatih agar dapat mematuhi arahan-arahan mudah yang amat penting dalam kehidupan sebenar seperti kekal di sesuatu tempat, tidak merayau-rayau secara berseorangan serta menghitung terlebih dahulu cukup atau tidak wang yang ada di tangan sebelum membeli sesuatu.
Pada hari ini, dua pelajar yang mendapat jatuhan pin tertinggi telah terpilih untuk mewakili sekolah ke Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Seremban 2019 yang bakal berlangsung selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Tahniah diucapkan kepada Ahmad Izzudin dan Maryam.
Saksikan rakaman yang telah dibuat pada hari ini.

Mencuba kasut.
Sedia untuk bermain.
Danish membimbing Syahiran memilih bola.
Amirul membaling bola.
Adam membimbing rakan membaling bola.
Jamalina membaling bola.
Husaini membaling bola.
Ada tiga sekolah yang datang ke sini hari ini.
Aisyah (kiri) bersedia untuk membuat balingan.
Tak sampai 100 pun. Kena berlatih dengan lebih giat.
Maryam membuat balingan.
Tahniah kepada Ahmad dan Maryam kerana terpilih untuk mewakili PPKI SMK Panchor.
Sufi dan rakan-rakan makan di Chicken Rice Shop.
Aniq dan rakan-rakan makan di Marry Brown.
Hanif dan rakan-rakan makan di Marry Brown.
Syahiran dan Shazlee makan di Marry Brown.
Saihah dan rakan-rakan makan di Chicken Rice Shop.
Ayuni dan rakan-rakan makan di Marry Brown.
Comments
Post a Comment