Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Daerah Seremban 2019

Isnin - Selasa, 22 - 23 April 2019, 8.00 pagi - 4.00 petang, Kompleks Sukan Tan Sri Dato Dr Mohd Said, Seremban

Di dalam pertandingan pada tahun ini, untuk kategori sekolah rendah telah berlangsung pada hari Isnin manakala untuk kategori sekolah menengah telah berlangsung pada hari Selasa. Guru-guru PPKI SMK Panchor turut terlibat dengan Encik Noor Azlan selaku arbiter manakala Encik Poon Thin Fook dan Puan Norazlina Azma sebagai ajk senarai pemenang serta guru pengiring untuk pasukan.

Pada tahun ini beregu petanque lelaki PPKI SMK Panchor gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lepas apabila tewas di peringkat kumpulan. Nasib yang sama turut dialami oleh beregu perempuan. Namun pasukan sekolah telah menimba pengalaman berharga (ayat memujuk hati yang kecewa melihat pasukan sekolah sendiri kalah walaupun menjadi arbiter bagi perlawanan-perlawanan mereka).

Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Hari Isnin

Gelanggang yang diubahsuai daripada parkir bertar.

Ditaburi batu-batu kerikil.

Di meja statistik.

Boleh nampak tar jalan.

Mendengar taklimat daripada pengerusi teknik sebelum pertandingan bermula.

Puan Norazlina dan Encik Poon Thin Fook turut datang melihat gelanggang.

Hari Selasa

Merakam gambar kenangan bersama banner pertandingan.

Pasukan lelaki yang diwakil Ahmad Izzudin dan Mohd Hanif sedang bertarung dengan pasukan PPKI SMK Taman Tuanku Jaafar.

Ahmad melontar boule.

Hanif melontar boule.

Ain membuat lontaran dalam perlawanan menentang wakil SMK Tunku Ampuan Durrah.

Maryam melontar boule.

Turut terlibat dalam Program Membaca Selama 10 Minit.

Keputusan pertandingan:
Kategori sekolah menengah,
1. SMK Pendeta Za'ba (Johan lelaki)
2. SMK Taman Tuanku Jaafar (naib Johan lelaki)
3. SMK Tunku Ampuan Durrah (Johan perempuan)
4. SMK Taman Tuanku Jaafar (naib Johan perempuan)

Kategori sekolah rendah pula;
1. SK Sikamat (Johan lelaki)
2. SK Panchor (naib Johan Lelaki)
3. SK Temiang (Johan perempuan)
4. SK Senawang (naib Johan perempuan)

Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga

Rakaman Hari Jumaat 17.1.2025 (Hari Terakhir Persekolahan Sesi 2024/2025): Mengemas Kelas & Jamuan Perpisahan Cikgu Azwan