Kraftangan Sotong Daripada Kadbod Tisu Tandas & Masakan Nasi Goreng

Rabu, 30 Januari 2019, 1.00 petang - 2.30 petang, Bilik PSS PPKI SMK Panchor

Aktiviti Kelab Pendidikan Khas dibahagikan kepada dua kumpulan pada tahun ini. Kumpulan A dan Kumpulan B. Aktiviti juga dibahagikan kepada dua iaitu kraftangan dan masakan. Sekiranya pada minggu ini Kumpulan A melakukan aktiviti kraftangan, Kumpulan B akan melakukan aktiviti masakan.

Maka, pada perjumpaan yang berikutnya, Kumpulan A akan melakukan aktiviti masakan, Kumpulan B akan melakukan aktiviti kraftangan. Walaubagaimanapun, ini adalah tertakluk kepada perubahan yang akan diberitahu kelak.

Pada minggu ini murid-murid Kumpulan B yang terdiri daripada gabungan murid Permata Barakah dan Cemerlang melakukan aktiviti Kraftangan Sotong Daripada Kadbod Tisu Tandas.

Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Puan Hawani menyampaikan taklimat.

Aniq mengukur dan membuat garisan pada kadbod.

Farhan mengukur dan membuat garisan pada kadbod.

Aisyah mengunting lebihan kertas pada kadbod.

Mewarna kadbod.

Kadbod-kadbod yang telah diwarnakan.

Mengunting kadbod.

Shahril mengunting kadbod.

Aisyah melekatkan hiasan pada kadbod.
 
Aniq dan rakan-rakan melekatkan hiasan pada kadbod.

Hujung kadbod dilenturkan sedikit untuk menimbulkan kesan sesunggut sotong.

Sufi dan rakan-rakan menghias sotong.

Sufi tekun menghias kadbodnya.

Adilah dan rakan-rakan menghias sotong.

Farhan sedang menghias sotong.

Dah siap

Sementara itu bagi Kumpulan A yang terdiri daripada Permata Arif, Ehsan dan Daei pula memasak nasi goreng di dapur. Ye la memasak mesti la kat dapur, kalau kat padang itu mungkin aktiviti masakan rimba pengakap kan?

Saksikan rakaman foto yang dibuat oleh rakan-rakan saya.

Bahan-bahan sudah pun siap disusun.

Syahiran menumis bahan dengan bantuan Syawal.

Ahmad sedang memasukkan nasi ke dalam kuali.

Nadzmeer atau Nadzreen? Maaflah, sampai sekarang saya pun tak dapat cam lagi.

Saihah menumis bahan.

Alauddin sedang menggoreng nasi.

Nasi goreng sedia untuk dinikmati.

Makan bersama di wakaf.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga

Selamat Bersara Tuan Haji Raduan