Mesyuarat Pengurusan PPKI SMK Panchor 1/2019

Isnin, 31.12.2018, Bilik Media Permata Kasih, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Pengurusan PPKI SMK Panchor buat kali pertama untuk sesi akademik tahun 2019. Pelbagai agenda telah dibincangkan merangkumi aspek-aspek kurikulum, hal-ehwal murid dan ko-kurikulum.
Selamat datang diucapkan kepada guru yang baru bertukar ke PPKI SMK Panchor, Tuan Haji Raduan bin Nasir. Beliau sebelum ini merupakan tenaga pengajar di PPKI SMK Pendeta Za'ba. Semoga kehadiran beliau akan meningkatkan lagi prestasi PPKI SMK Panchor.

Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas mempengerusikan mesyuarat.

Tuan Haji Raduan bin Nasir (kiri) merupakan guru baru di PPKI SMK Panchor.

Terima kasih di atas tajaan sarapan pagi.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga

Rakaman Hari Jumaat 17.1.2025 (Hari Terakhir Persekolahan Sesi 2024/2025): Mengemas Kelas & Jamuan Perpisahan Cikgu Azwan