Kursus Membuat Mufin

28 Januari 2019 (Isnin), 7.30 pagi - 4.00 petang, Kolej Komuniti Jelebu

Pada hari ini Blok Permata Kasih kosong bagai dilanda garuda. Semua warga PPKI SMK Panchor telah mengikuti kursus membuat mufin yang diadakan di Kolej Komuniti Jelebu. Kami telah berpeluang membuat tiga jenis mufin iaitu perisa coklat, pandan dan strawberi.

Saksikan rakaman yang sempat saya buat. Maaf kalau gambar semasa memasak tidak ada gambar anak2 tuan2 dan puan2 kerana saya harus fokus kepada ahli2 kumpulan di bawah jagaan saya. Nanti kalau ada yang cedera, saya pula yang disalahkan.

Layan gambar dulu ye, saya nak masuk kelas.

Warga PPKI SMK Panchor menikmati roti krim yang disumbangkan oleh individu yang tidak diketahui.

Menaiki bas dengan teratur.

Tuan Haji Raduan membacakan doa ringkas sebelum perjalanan dimulakan.

Amin.

Para pelajar mengambil tempat.

Sejuk meja tu kerana diperbuat daripada logam.

Puan Nor Faizah binti Abu Bakar, tenaga pengajar Unit Pengajian Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Jelebu (kanan) memperkenalkan diri.

Puan Nor Faizah membimbing Ahmad (tengah) dan Danish untuk menyukat serbuk penaik.

Puan Nor Faizah memperkenalkan penggunaan penimbang.

Danish menyukat minyak masak sebelum dimasukkan ke dalam adunan.

Danish menghias mufin strawberi

Bekerjasama menyediakan adunan.

Alauddin menuangkan minyak ke dalam adunan.

Husaini (dua dari kanan) memasukkan air ke dalam adunan.

Alauddin menyusun cawan-cawan kertas sementara rakan-rakan beliau menyediakan adunan.

Bekerjasama menyediakan adunan.

Adam membimbing Husaini memecahkan telur ayam.

Puan Yusnita binti Yusop membimbing ahli-ahli kumpulan beliau memasukkan adunan mufin ke dalam cawan.

Adam membimbing Ahmad memasukkan adunan mufin ke dalam cawan. 

Husaini memasukkan adunan mufin ke dalam cawan.

Adam memasukkan memasukkan jem strawberi ke dalam cawan.

Alauddin memasukkan adunan mufin ke dalam cawan.

Bekerjasama menyiapkan tugasan.

Husaini membuka pintu dapur pembakar.

Husaini dan Danish bersama-sama memasukkan dulang untuk memulakan proses pembakaran.

Membasuh peralatan yang telah digunakan.

Mengeringkan peralatan yang telah dibasuh.

Wah, nampak sedap.

Berbangga dengan mufin coklat yang telah siap dimasak.

Yang ini mufin pandan dan mufin strawberi yang telah siap dibakar.

Puan Yusnita sedang membungkus mufin untuk dibawa pulang oleh ahli-ahli kumpulan.

Dah siap masuk plastik untuk dibawa pulang.

Puan Sahidah menyampaikan cenderahati daripada pihak sekolah kepada Puan Nor Faizah.

Bergambar kenang-kenangan.

Bergambar kenang-kenangan.

Beratur untuk makan tengah hari.

Puan Nurul Insyirah mengisikan air untuk para pelajar.

Membaca doa makan.

Amin.

Wah, kalau bergambar kenang-kenangan kat sini lagi cantik rasanya.

Beratur menaiki bas untuk pulang ke sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah buat Ahmad Razeq Danial & Keluarga

Menerima Kunjungan Warga SMA Negeri 1, Padang, Indonesia

Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga