Program Pendaftaran Murid Baru & Murid Lama PPKI SMK Panchor
Sabtu, 29 Disember 2018, 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Blok Permata Kasih, SMK Panchor
Seiring dengan Program Pendaftaran Murid Baru & Murid Lama SMK Panchor, PPKI SMK Panchor turut mengadakan Program Pendaftaran Murid Baru & Murid Lama PPKI SMK Panchor pada pagi ini. Tujuan utama program diadakan pada hari ini ialah untuk memberikan peluang para penjaga untuk menyelesaikan urusan pembelian buku serta sumbangan PIBG pada hari cuti dan tidak mengganggu proses PdPc sekiranya mereka melakukan hal berkenaan semasa hari persekolahan bermula kelak.
Berikut dikongsikan rakaman gambar yang sempat saya buat.

Para penjaga murid baru yang mendaftar di SMK Panchor mendengar penerangan daripada Encik Rosni bin Haji Pilus, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Panchor.
Puan Noor Hawani Syafirra dan Puan Norazlina Azma mengendalikan pendaftaran semula pelajar lama di kelas Permata Barakah.
Para penjaga pelajar lama menunggu giliran untuk melakukan proses pendaftaran.
Encik Poon Thin Fook dan Puan Farah Anom mengendalikan pendaftaran pelajar baru di kelas Permata Daei.
Para penjaga pelajar baru menunggu giliran untuk melakukan proses pendaftaran.
Comments
Post a Comment