Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Seremban 2018
8.00 pagi - 3.30 petang, 1 November 2018, Kompleks Belia & Sukan, Paroi
Pada hari ini, PPKI SMK Panchor telah menghantar wakil dalam acara futsal lelaki, petanque beregu lelaki dan petanque beregu perempuan. Karnival ini lazimnya dilaksanakan pada awal tahun tetapi di atas sebab-sebab yang tidak diketahui, ianya diadakan agak lewat pada tahun ini.
Buat pasukan futsal lelaki yang diwakili oleh:
1. MUHAMMAD AMIEN MOHD AMRAN
2. MUHAMMAD ANIQ BIN SUHAIMI
3. MUHAMMAD FARHAN BIN KAMARULZAMAN
4. MUHAMMAD ZULFAN IMAN BIN MOHD ZAINUDIN
5. HARRIS HAFIZ RAHIM
6. PRABHJIT SINGH A/L JAGDAVE SINGH
tiada rezeki buat mereka pada tahun ini apabila kalah dalam semua kelima-lima perlawanan di peringkat kumpulan. Tetapi mereka telah kalah bermaruah dan lebih penting lagi menimba pengalaman yang sangat berharga (ayat nak memujuk hati, kalau Harimau Malaya kalah pun selalu memang ayatnya macam tu jugakan?).
Petanque beregu perempuan yang diwakil oleh NUR AIN KHAIREENA BINTI OMAR dan CHONG XI CHI pula hanya berjaya menjadi naib johan kumpulan di pusingan awal. Tuah lebih memihak kepada beregu lelaki yang diwakili oleh AHMAD IZZUDDIN BIN AZIZAN dan MUHAMMAD HANIF BIN MD. YUSOF yang telah berjaya menjadi johan setelah menewaskan wakil dari PPKI SMK Shahardin dengan catatan 6 berbalas 4. Kemenangan diisytiharkan selepas tamat 20 minit masa maksimum perlawanan.

Tahniah kepada yang berjaya dan semoga lebih sukses di masa akan datang.
Bagus design banner yang sebegini. Tak perlu letak tarikh dan boleh guna lagi pada tahun hadapan.
Cikgu Wani dan team petanque,
Cikgu Zaiham (kiri), bekas guru SMK Panchor yang kini berkhidmat di PPKI SMK Za'ba menjadi arbiter untuk salah satu perlawanan yang membabitkan pasukan PPKI SMK Panchor.
Pasukan futsal lelaki PPKI SMK Panchor sedang menimba pengalaman berharga.
Walaupun kalah semua perlawanan, Aniq masih tenang sambil membuat tanda damai (peace). Prabhjit Singh (kanan) tidak dapat menahan kesedihan akan nasib yang menimpa pasukan mereka pada hari ini.
Tuan Mohamad Nek Ezar bin Ismail, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengalungkan pingat kemenangan kepada Ahmad Izzuddin.
Tuan Mohamad Nek Ezar mengalungkan pingat kemenangan kepada Muhammad Hanif.
Berbangga dengan hadiah yang diterima.
Mungkinkah mereka akan menang lagi pada tahun hadapan? Sama-sama kita doakan yang terbaik.
Comments
Post a Comment