Majlis Tadarus Al-Quran
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada bulan Ramadhan lalu pihak SMK Panchor mengadakan pelbagai program dalam mengimarahkan bulan Ramdhan yang mulia ini. Salah satunya ialah program Tadarus Al-Quran, dan pelajar-pelajar PPKI juga turut sama terlibat dalam program ini. Alhamdulillah anak-anak PPKI berjaya menghabiskan bacaan juzuk 30 dalam masa yang ditetapkan.
Pelajar-pelajar dipecahkan dalam kumpulan masing-masing dengan setiap kumpulan mempunyai naqib dan naqibahnya sambil dibantu oleh guru dan pembantu murid.
solat dhuha sebelum memulakan tadarus |
pelajar berada dalam kumpulan tadarus masing-masing |
Comments
Post a Comment