Posts

Pertandingan Cute Money Bank

Image
11.00 pagi, Khamis, 20 Oktober 2022, Permata Ehsan Pada hari ini para pelajar KPKP SMK Panchor telah menyertai pertandingan di atas bersempena Minggu Pendidikan Khas SMK Panchor 2022. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Calon pemenang kategori peserta Permata Ehsan dan Permata Falah. Calon pemenang kategori peserta Permata Cemerlang dan Permata Daei. Calon pemenang kategori peserta Permata Arif dan Permata Barakah.

Karnival Sukan Inspire OKU Aktif 2022

Image
8.00 pagi, Khamis, 20 Oktober 2022, Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi Suasana di Blok Permata Kasih pada pagi ini agak sunyi iaitu para pelajar KPKP SMK Panchor tidak seramai seperti biasa. Beberapa orang guru juga tiada kerana cuti sakit atau bertugas di luar. Sebenarnya sebahagian daripada pelajar KPKP SMK Panchor iaitu Muhammad Mustaqim bin Irwan Rizan (keputusan akhir: menduduki tempat kesepuluh) dan Muhammad Nasrullah Harith bin Nordin (keputusan akhir: menduduki tempat ketujuh) mewakili sekolah di dalam pertandingan para catur karnival di atas. Pelajar KPKP SMK Panchor yang tinggal di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah (TSHTAN) pula mewakil institusi berkenaan di pertandingan mewarna karnival di atas. Keputusan pertandingan akan diumumkan kemudian. Tatapi rakaman yang dibuat oleh guru pengiring peserta-peserta catur iaitu Encik Poon Thin Fook.

Pertandingan Eksplorasi Minggu Pendidikan Khas 2022

Image
11.00 pagi, Rabu, 19 Oktober 2022, Dewan D'Persada Gemilang Pada pagi ini para pelajar telah dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk menyertai pertandingan di atas. Terdapat lima stesen bertemakan aktiviti mengikut mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik dan Pengurusan Diri. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.