Majlis Penutup Ihya Ramadhan & Majlis Perpisahan Encik Leonard dan Puan Noor Hashimah
Jumaat, 24 Mei 2019, 7.30 pagi - 12.00 tengah hari, D'Persada Gemilang Pada hari ini telah berlangsung Majlis Penutup Ihya Ramadhan & Majlis Perpisahan Encik Leonard dan Puan Noor Hashimah. Semasa Majlis Penutup Ihya Ramadhan, pengisian utamanya ialah ceramah bertajuk "Adab-Adab Menyambut Aidilfitri" yang disampaikan oleh Ustaz A'lim. Setelah tamat ceramah, telah berlangsung majlis penyampaian bantuan Aidilfitri oleh Bank Rakyat yang mana 5 murid PPKI SMK Panchor merupakan antara yang terpilih untuk menerima bantuan tersebut. Murid-murid PPKI SMK Panchor kemudian turut menerima sumbangan duit raya daripada guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid. Duit raya tersebut telah diwakilkan oleh kami (guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid) kepada Encik Rosni bin Pilus, GPK Pentadbiran SMK Panchor untuk disampaikan kepada murid-murid PPKI SMK Panchor. Setelah tamat rehat pada pukul (bukan 'jam' ya, jam ...