Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Daerah Seremban 2019
Isnin - Selasa, 22 - 23 April 2019, 8.00 pagi - 4.00 petang, Kompleks Sukan Tan Sri Dato Dr Mohd Said, Seremban Di dalam pertandingan pada tahun ini, untuk kategori sekolah rendah telah berlangsung pada hari Isnin manakala untuk kategori sekolah menengah telah berlangsung pada hari Selasa. Guru-guru PPKI SMK Panchor turut terlibat dengan Encik Noor Azlan selaku arbiter manakala Encik Poon Thin Fook dan Puan Norazlina Azma sebagai ajk senarai pemenang serta guru pengiring untuk pasukan. Pada tahun ini beregu petanque lelaki PPKI SMK Panchor gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lepas apabila tewas di peringkat kumpulan. Nasib yang sama turut dialami oleh beregu perempuan. Namun pasukan sekolah telah menimba pengalaman berharga (ayat memujuk hati yang kecewa melihat pasukan sekolah sendiri kalah walaupun menjadi arbiter bagi perlawanan-perlawanan mereka). Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Hari Isnin Gelanggang yang diubahsuai daripada parkir bertar. ...