Pengemaskinian Maklumat Murid Secara Online Penjaga
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mulai tahun ini KPM telah mengambil ketetapan bahawa para menjaga adalah bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat para penjaga seperti pekerjaan dan pendapatan penjaga serta maklumat anak di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Setelah dikemaskini para penjaga perlulah mengesahkan maklumat yang telah dikunci masuk (key in). Maklumat yang dimasukkan adalah penting untuk tujuan seperti penyaluran biasiswa, Bantuan Awal Tahun Persekolahan dan bantuan Elaun Murid Khas. Berikut merupakan surat daripada pihak KPM bertarikh 11 Disember 2020. Sehubungan itu para penjaga KPKP SMK Panchor dimohon agar memberikan kerjasama untuk login (bagi pengguna sedia ada) atau mendaftar (bagi pengguna baru) di Sistem Pengurusan Modul Murid di portal public.moe.gov.my Idealnya, hanya salah seorang penjaga sahaja yang perlu login, mengemaskini maklumat dan mengesahkan maklumat di dalam sistem ini. Bagi yang telah berpisah tak ada masalah sekiranya kedua-dua penj