Posts

Showing posts from April, 2019

Pelajar PPKI SMK Panchor Menerima Suntikan Kancing Gigi

Image
Selasa, 30 Mac 2019, 10.00 pagi, Bilik Kesihatan SMK Panchor Pada hari ini seramai lapan pelajar PPKI SMK Panchor telah menerima suntikan kancing gigi. Suntikan telah dilaksanakan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Ampangan. Saksikan rakaman yanng sempat dibuat.

Mempelajari Cara Membuat Pancake Di East West International College

Image
Selasa, 30 April 2019, 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, East West International College Pada hari ini, pelajar Kelas Permata Arif diiringi Puan Sahidah dan Puan Insyirah telah ke East West International College bagi mempelajari cara membuat kek keju. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Ceramah Penyalahgunaan Bahan Oleh AADK Cawangan Negeri Sembilan

Image
Jumaat, 26.4.2019, 7.30 pagi, Dewan D'Persada Gemilang. Pada hari ini warga sekolah telah mengikuti "Ceramah Penyalahgunaan Bahan" yang disampaikan oleh Puan Nor Hayati binti Yusuf dan Puan Wahidah, pegawai daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Negeri Sembilan. Ceramah yang disampaikan telah memberi pelbagai info berguna seperti jenis-jenis dadah dan kesan-kesan negatif yang akan menimpa akibat daripada penyalahgunaannya. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Ceramah disampaikan dengan rangsangan audio visual. Para pelajar mendengar ceramah dengan penuh minat. Puan Nor Hayati menyampaikan ceramah. Puan Wahidah menyampaikan ceramah. Menyanyikan lagu "Dadah Durjana" dengan penuh bersemangat.

Terima Kasih Yang Berhormat Puan Tan Lee Koon

Image
Khamis, 26.4.2019, 2.00 petang, Wisma Negeri. Pihak PPKI SMK Panchor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Tan Lee Koon, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepayang di atas sumbangan RM500 untuk program pembelajaran luar stesen ke Pulau Pinang yang akan dilaksanakan pada bulan Julai nanti. Encik Poon Thin Fook mewakili pihak PPKI SMK Panchor menerima sumbangan daripada Yang Berhormat Puan Tan Lee Koon.  Encik Poon Thin Fook menyampaikan cenderahati tanda ucapan terima kasih daripada pihak PPKI SMK Panchor kepada pembantu peribadi Yang Berhormat Puan Tan Lee Koon.  

Terima Kasih Yayasan Alpro

Image
Khamis, 25 April 2019, 8.15 pagi, Blok Permata Kasih Pihak PPKI SMK Panchor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Alpro di atas sumbangan 14 karton air minuman untuk program pembelajaran luar stesen ke Pulau Pinang yang akan dilaksanakan pada bulan Julai nanti. Sumbangan pihak Yayasan Alpro telah disampaikan oleh wakilnya Encik Ostwin Paw manakala Puan Hasmah binti Abu Bakar telah mewakili pihak PPKI SMK Panchor untuk menerima sumbangan tersebut. Para pelajar riang menerima sumbangan pihak Yayasan Alpro. Puan Hasmah menyampaikan cenderamata berupa sebalang kuih samperit hasil keluaran PPKI SMK Panchor kepada Encik Ostwin Paw, wakil Yayasan Alpro.

Terapi Boling Bulan April 2019

Image
Rabu, 24 April 2019, Ole Ole Mydin Seremban 2, 10.00 pagi - 1.00 petang Terapi boling merupakan salah satu aktiviti yang sangat dinantikan oleh para pelajar PPKI SMK Panchor. Fokus utama merupakan kepada latihan mempraktik kemahiran yang betul semasa bermain boling seperti cara memegang bola, melontar bola dan menghitung jatuhan pin. Selain itu para pelajar juga turut merasai pengalaman orientasi dan mobiliti di persekitaran yang berbeza daripada rutin harian mereka seperti cara penggunaan tandas awam, berinteraksi dengan orang ramai, merasai makanan dan minuman yang berbeza daripada di rumah, makan dengan beretika, beratur semasa naik dan turun bas serta belajar memilih dan membeli sendiri apa yang diingini. Para pelajar juga cuba dilatih agar dapat mematuhi arahan-arahan mudah yang amat penting dalam kehidupan sebenar seperti kekal di sesuatu tempat, tidak merayau-rayau secara berseorangan serta menghitung terlebih dahulu cukup atau tidak wang yang ada di tangan sebelum membeli

Mempelajari Cara Membuat Kek Keju Di East West International College

Image
Selasa, 23 April 2019, 8.00 pagi hingga 1.00 petang, East West International College Pada hari ini, pelajar Kelas Permata Arif diiringi Puan Sahidah dan Puan Yusnita telah ke East West International College bagi mempelajari cara membuat kek keju. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. Bergambar di pintu depan kolej. Adam dan rakan-rakan dibimbing cef. Hazirah melihat rakan menggunakan mesin pengadun tepung. Kacau hingga sebati. Sebentar lagi adunan akan dibakar. Dah dibakar, kita tunggu kek sejuk sedikit. Kek telah pun dikeluarkan daripada acuan. Menunggu ketibaan VIP. Bergambar kenangan bersama  Prof. Dato’ Dr. Hj. Abdul Murad Ahmad ,  Presiden East West International College.