8.00 pagi - 3.00 petang, Selasa, 11 Jun 2024, KOMBES Paroi Pada pagi ini empat orang pelajar KPKP SMK Panchor iaitu AMIR AKMAL BIN KHAIRUL ANUAR, MUHAMMAD NASRULLAH HARITH BIN NORDIN, SIMON A/L WILLIAM FRANCIS dan SUFI AZFAR BIN ABD KARIM telah menyertai program di atas yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan. Program dilaksanakan bagi menyaring atlet-atlet yang berbakat untuk mewakili Negeri Sembilan di dalam acara-acara Para SUKMA. Pelbagai ujian dilaksanakan seperti imbangan, lompatan, lontaran dan larian pecut telah dijalani oleh para peserta yang berjumlah 120 orang. Hanya mereka yang terpilih akan dihubungi terus oleh KBS untuk ke peringkat seterusnya. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.