Panduan Ketidakhadiran Ke Sekolah
Kehadiran ke sekolah adalah wajib. Jika tidak hadir, sijil cuti sakit atau surat pemakluman perlu diserahkan kepada guru kelas. Jika tidak, anak tuan/puan boleh dianggap sebagai ponteng. Sekiranya anak tuan/puan tidak hadir, maklumkan terus ke dalam group Whatsapp Waris PPKI. Tidak perlu hantar mesej personal kepada guru kelas kerana guru bertugas mingguan yang mencatat kehadiran harian adalah berbeza-beza setiap minggu.