Posts

Showing posts from October, 2021

Hari Kelima Karnival Pendidikan Khas KPKP SMK Panchor

Image
Jumaat, 29 Oktober 2021, 8.00 pagi - 11.00 pagi Aktiviti karnival diteruskan lagi pada hari ini berfokuskan subjek Sains Sosial & Alam Sekitar untuk murid-murid kelas Permata Arif dan Permata Barakah dan subjek Pengurusan Diri untuk murid-murid kelas Permata Cemerlang, Permata Daei dan Permata Ehsan. Subjek Sains Sosial & Alam Sekitar membawakan cabaran Pertandingan Deria Rasa & Pemakanan Sihat.  Subjek Pengurusan Diri membawakan cabaran Pertandingan Silangkata & Cari Benda Tersembunyi. Saksikan rakaman yang sempat dibuat. 

Hari Keempat Karnival Pendidikan Khas KPKP SMK Panchor

Image
Khamis, 28 Oktober 2021, 10.00 pagi - 12.30 tengah hari. Aktiviti karnival diteruskan lagi pada hari ini berfokuskan subjek Pendidikan Islam. Murid-murid kelas Permata Arif dan Permata Barakah menyertai Pertandingan Hafazan Bacaan Di Dalam Solat & Ayat-Ayat Lazim. Murid-murid kelas Permata Cemerlang, Permata Daei dan Permata Ehsan menyertai Pertandingan Demonstrasi Berwudhu & Mewarna Khat Jawi. Dapatan saya pada hari ini yang mengadili Pertandingan Demonstrasi Berwudhu mendapati bahawa majoriti peserta yang diadili boleh berwudhu dengan bimbingan guru. Adalah diharapkan para penjaga terus membimbing anak-anak untuk berwudhu dan solat dengan betul di rumah. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Hari Ketiga Karnival Pendidikan Khas KPKP SMK Panchor

Image
Rabu, 27 Oktober 2021, 10.00 pagi - 12.30 tengah hari. Aktiviti karnival diteruskan lagi pada hari ini berfokuskan subjek Matematik. Murid-murid KPKP SMK Panchor pada pagi ini menyertai Pertandingan Mewarna Buah-Buahan Tekapan Syiling. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Hari Kedua Karnival Pendidikan Khas KPKP SMK Panchor

Image
Selasa, 26 Oktober 2021, 10.00 pagi - 12.30 tengah hari. Aktiviti karnival diteruskan lagi pada hari ini berfokuskan subjek Bahasa Inggeris. Murid-murid KPKP SMK Panchor menyertai dua pertandingan pada pagi ini iaitu Crossword (kelas Permata Arif, Permata Barakah dan Permata Cemerlang) dan Word Search (Permata Daei dan Permata Ehsan). Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Karnival Pendidikan Khas KPKP SMK Panchor

Image
 Sukacita dimaklumkan bahawa bermula pada hari ini iaitu Isnin 25 Oktober 2021 sehingga hari Jumaat 29 Oktober 2021 akan berlangsung Karnival Pendidikan Khas KPKP SMK Panchor. Pelbagai pertandingan akan dilaksanakan yang membabitkan bukan sahaja murid-murid KPKP SMK Panchor malahan guru-guru aliran perdana serta para penjaga murid-murid KPKP SMK Panchor. Klik pada pautan berikut untuk melihat buku program karnival ini. Pautan Buku Program Karnival Pendidikan Khas KPKP SMK Panchor   Guru-guru aliran perdana serta para penjaga murid-murid KPKP SMK Panchor boleh menyertai Kuiz Pendidikan Inklusif di pautan ini. Pautan Kuiz Pendidikan Inklusif Murid-murid KPKP SMK Panchor pula menyertai dua pertandingan pada pagi ini iaitu Buku Skrap Peribahasa (kelas Permata Arif, Permata Barakah dan Permata Cemerlang) dan Cari Perkataan Tersembunyi (Permata Daei dan Permata Ehsan). Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Suntikan Dos Kedua Vaksin COVID-19 Pelajar KPKP SMK Panchor

Image
8.30 pagi, Jumaat, 15 Oktober 2021, Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi Kalau beberapa minggu yang lalu para pelajar KPKP SMK Panchor telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 , pada pagi ini tibalah waktunya untuk menerima suntikan dos yang kedua. Menariknya untuk suntikan bagi kali kedua ini, para pelajar turut berpeluang menerima suntikan secara pandu lalu. Semoga dengan penerimaan dos kedua ini akan meningkatkan lagi tahap imuniti di kalangan para pelajar KPKP SMK Panchor. Selamat berhujung minggu / balik kampung. Jangan lupa mematuhi SOP walau di mana anda berada. Tatapi rakaman yang sempat diambil pada pagi ini.