Selamat Bercuti & Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha
Kami guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid KPKP SMK Panchor ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar KPKP SMK Panchor. Insya Allah kita akan meneruskan PDPR pada hari Isnin, 26 Julai 2021. Kami juga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidul Adha kepada semua umat Islam yang akan menyambutnya pada hari Selasa, 20 Julai 2021. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan sepanjang ujian wabak Covid-19 ini diberi ganjaran oleh Allah di hari akhirat kelak. Dikongsikan gambar para pelajar yang telah menerima hadiah daripada guru-guru pada hari Sabtu baru-baru ini untuk tatapan bersama.