Penyerahan Modul PDPR Kepada Murid-Murid KPKP SMK Panchor
9.30 pagi hingga 11.30 pagi Sabtu, 14 November 2020 Pondok Bas SMK Panchor Bagi membantu Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) murid-murid KPKP SMK Panchor, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menyediakan modul PDPR bercetak untuk semua murid KPKP SMK Panchor. Modul-modul yang terdiri daripada pelbagai mata pelajaran ini diharap dapat membantu memastikan murid-murid belajar dengan lebih berkesan di rumah. Saksikan rakaman foto yang telah dibuat oleh Puan Nurul Insyirah. Dalam pada itu, saya (Cikgu Nooor Azlan) dengan ini menamatkan tugasan Penilaian Kendiri Berwudhu mata pelajaran Pendidikan Islam untuk Kelas Permata Cemerlang dan Permata Daei yang bermula pada 26 Oktober 2020 lalu. Tahniah kepada Ayuni binti Azman yang menjadi wakil tunggal daripada kedua-dua kelas tersebut yang telah menyiapkan tugasan ini. Terima kasih di atas bantuan penjaga Ayuni yang membimbing Ayuni melengkapkan tugasan tersebut. Insya Allah jika saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu Ay