Menerima Kunjungan Warga SMA Negeri 1, Padang, Indonesia
12.00 tengah hari, 1 November 2018 (Khamis), Blok Permata Kasih Pada hari ini warga PPKI SMK Panchor telah menerima kunjungan tenaga pengajar dan pelajar dari SMA Negeri 1, Padang, Indonesia. Ketika kunjungan ke blok kami, mereka telah diberi penerangan projek kuih samperit, menyertai aktiviti nyanyian lagu Chan Man Chan bersama para pelajar pendidikan khas dan melihat sendiri projek perkebunan sayur-sayuran dan cili bara. Warga SMA Padang: Apa yang 'istimewa'nya pelajar-pelajar ini ya? Saya: Oh, 'istimewa' tu kalau di Indonesia mungkin istilahnya 'tuna'. Kalau pelajar-pelajar kami ini 'tuna akal'. Kalau tuna bagi kita ikan dalam tin tu :)